headerphoto

Blog melayu pertama

Tiba-tiba saya terasa bahawa tahap bahasa kebangsaan saya sudah menurun. Jadi, sya membuat keputusan untuk memblog dalam Bahasa Melayu sambil mendengar lagu Indon. Saya berasa emo pada setiap hari Ahad, entah kenapa. Mungkin hari Ahad adalah hari saya terlibat dalam drama hidup. Saya sudah tidak mencintainya lagi dan sedang berusaha membina hidup saya kembali. Peperikisaan kian hampir dan saya masih tidak belajar bersungguh-sungguh tetapi mengira hari sehingga habis peperiksaan. Ada banyak perkara hendak dilakukan dan saya sudah tidak sabar menunggu harinya. Ada harinya yang saya tidak percaya saya sudah bergelar bujang. Saya telah melabur 100% dalam hubungan itu dan saban hari menunggu Ai Chen yang sebenar untuk kembali. Nampaknya bahasa melayu saya sudah berkarat kerana saya sudah tidak tahu untuk menyambung post ini. Bagaimana saya boleh mendapat A1 dalm SPM dahulu..?

No comments: